Page 10 - Petunjuk Kesihatan 2019
P. 10

PETUNJUK BAGI PEMANTAUAN DAN PENILAIAN STRATEGI DI PERINGKAT KEBANGSAAN


              Petunjuk di dalam buku petunjuk kesihatan ini telah pun dikategorikan mengikut perkara-perkara seperti berikut:-

              a) Petunjuk tahap pembangunan sosial dan sosio-ekonomi
              b) Petunjuk tahap kesihatan
              c) Petunjuk masalah kesihatan khusus
              d) Petunjuk kemajuan perkhidmatan kesihatan

              Petunjuk ini mencerminkan kedudukan dalam negeri dan kaedah pengiraan petunjuk ini mungkin berbeza sedikit
              daripada yang biasa diguna oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

              Walau bagaimanapun, kesemua petunjuk antarabangsa (selain daripada petunjuk yang berbentuk penyataan
              dasar) boleh didapati dalam senarai petunjuk kebangsaan ini, samada dalam bentuk asal ataupun telah
              diubahsuai.


              Kebanyakan petunjuk ini diperincikan mengikut pecahan kawasan dan jantina.

              Petunjuk  ini  harus  digunakan  bagi  mengawasi  dan  menilai  strategi-strategi  pelaksanaan  program-program
              kesihatan di peringkat operasi. Adalah penting bagi pengurus-pengurus program memberi maklumbalas mengenai
              kesesuaian  dan  kegunaan  petunjuk  ini.  Ini  akan  mendapat  membantu  Kementerian  dalam  penilaian  secara
              menyeluruh terhadap kemajuan ke arah strategi kebangsaan bagi HFA.

















               8   PETUNJUK KESIHATAN
                   HEALTH INDICATORS
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15